Thursday, October 22, 2009

Anak anda boleh MEMBACA dengan LANCAR di usia yang muda?

Kini bukan lagi mustahil

Kelas Bacaan Intensif Sistem CahayaKu.

Sistem CahayaKu adalah merupakan kaedah pengajaran kemahiran membaca bahasa melayu yang pantas dan sempurna . Berlainan dengan kaedah membaca bahasa melayu yang lain, SISTEM CAHAYAKU yang menggunakan teknik mimik muka dan melibatkan posisi gigi, bibir dan lidah dalam menerbitkan bunyi sangat mudah, pantas dan berkesan untuk di kuasai anak-anak biarpun seawal usia 3 tahun dan yang paling penting anak anda akan menyukai kaedah bacaan ini yang begitu santai dan tidak membebankan.

Sistem CahayaKu.

  • Set lengkap untuk memulakan proses pembelajaran ini adalah 2 buah buku bacaan dan 3 buah buku latihan untuk kemahiran mengeja dan menulis.
  • Berkesan terhadap semua golongan kanak-kanak terutamanya yang menghadapi masalah buta huruf .
  • Dapat menghapuskan pelat dan lohghat dan secara automatik membaca dalam bahasa baku.
  • Mengambil masa yang singkat dari 1 hingga 6 bulan.
  • Tidak membebankan dan membosankan relajar.
  • Kaedah pengendalian kelas yang santai .
  • Pengajaran secara individu dalam kumpulan kecil yang mana ini memberikan peluang kepada relajar untuk menguasai kemahiran membaca mengikut kaar masing-masing.
  • Membentuk minat belajar yang tinggi

PROGRAM BACAAN INTENSIF KAEDAH CAHAYAKU.

Kaedah

Kaedah ini tidak memerlukan kanak-kanak mengenal huruf A-Z sepertimana lazimnya yang di pelajari di sekolah. Mereka juga tidak di mestikan untuk menghafal sukukata sukukata asas seperti ba – bi – bo – bu – be . PELIK TAPI BENAR!!!
Melalui kaedah ini kanak-kanakakan di bimbing untuk membunyikan setiap vokal dan konsonan melalui pembentukan bentuk mulut serta perletakan posisi posisi lidah yang betul bagi setiap vokal dan konsonan.
Seterusnya mereka akan di latih untuk meletuskan bunyi dengan mudah dan tepat.
Kaedah ini langsung tidak membebankan pelajar kerana tidak berlaku hafalan sukukata sukukata bagi dicantumkan untk menjadi percatan.
Pada kebiasaannya kanak-kanak mengambil masa antara 4 – 6 bulan untuk menguasai keseluruhan kemahiran membaca sehingga boleh membaca buku cerita dan artikel dengan lancar tanpa binbingan guru mahupun ibu bapa.

Siapa Yang Patut Menyertai Program Kami?

  1. Semua kanak-kanak seawal usia 4 tahun ke atas.
  2. Pelajar tadika yang akan memasuki Tahun 1.
  3. Semua pelajar sekolah rendah yang menghadapi kesukaran dan kesulitan untuk membaca dengan lancar.
  4. Pelajar yang berada di kelas PEMULIHAN KHAS di sekolah rendah.


Bagaimana Program Bacaan Dijalankan?

Kelas di jalankan 2 kali seminggu dan 4 kali seminggu.
Setiap sessi pelajaran akan mengambil masa 1.30 jam.
Satu kumpulan seramai 8 – 9 orang pelajar akan di kendalikan oleh seorang guru.
Pengajaran akan di jalankan secara INDIVIDU sepenuhnya.
Setiap pelajar akan belajar mengikut kemampuan masing-masing.

SEMUA KANAK-KANAK MAMPU MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA DENGAN LANCAR ASALKAN IBUBAPA SABAR MENGIKUTI PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN ANAK-ANAK.!!!

Soalan Lazim

  1. Berapakah umur yang paling sesuai untuk memulakan proses belajar membaca?

Proses mengajar kemahiran membaca secara tidak formal boleh dimulakan seawal kanak-kanak berusia 3 tahun atau mungkin lebih awal daripada itu bergantung kepada minat dan kesediaan anak. Walau bagaimanapun bagi pembelajarn secara formal dan intensif umur yang paling sesuai adalah 5 tahun.

  1. Apakah kebaikannya kanak-kanak menguasai kemahiran membaca di usia seawal 4 tahun?

Kajian telah membuktikan kanak-kanak yang dapat membaca di usia yang muda akan maju kehadapan berbanding dengan kawan kawan seusia dengannya. Ini kerana apabila kanak-kanak boleh membaca, perbendaharaan kata akan bertambah dengan cepat serta proses pemahaman akan berkembang dengan baik sekali.

  1. Adakah faktor umur mempengaruhi pemerolehan kemahiran membaca?

Umur kanak-kanak adalah terdiri daripada umur mental(otak/kognitif) dan umur fizikal(usia). Umur mental memainkan peranan amat penting dalam pemerolehan kemahiran membaca ini.Umur mental menentukan tahap kesediaan anak-anak untuk menerima dan menyerap pembelajaran. Terdapat sesetengah kanak-kanak cepat mencapai kematangan dalam pembelajaran .Walaupun umur fizikal 4 tahun tetapi umur mental sudah mencapai 6 tahun, kanak-kanak ini akan belajar dan menguasai sesuatu kemahiran dengan cepat. Ada juga kanak-kanak 6 tahun yang mempunyai umur mental 4 tahun, maka kanak-kanak jenis ini agak sukar menunjukkan perkembangan dalam apa yang di pelajarinya.

  1. Jadi , bilakah masanya yang paling sesuai untuk memulakan proses belajar membaca?

Apabila anak-anak sudah menunjukkan kematangan,minat dan kesediaan untuk belajar. Apabila anak telah bersedia, anak akan menerima dan pembelajaran dengan cepat sehingga mereka merasakan pembelajaran itu sesuatu yang menyeronokkan bukan membebankan.

  1. Bagaimana untuk mengetahui dengan jelas tahap kesediaan anak?

Anak-anak yang berminat dengan buku, menulis, mula menunjukkan keinginan untuk kesekolah dan yang ada disiplin serta boleh memberi fokus yang agak lama apabila di ajar sesuatu alah antara tanda-tanda anak yang telah bersedia untuk belajar.

Tips:

JANGAN MEMAKSA ANAK ANDA BELAJAR MEMBACA PADA MASA MEREKA BELUM BERSEDIA!! USAHA ANDA AKAN SIA –SIA MALAHAN ANDA AKAN MEROSAKKAN MINAT ANAK ANDA DALAM PEMBELAJARAN.

  1. Yang manakah patut dimulakan dahulu, bahasa Melayu atau bahasa Inggeris?

Bahasa mana yang patut di mulakan dahulu adalah bergantung kepada bahasa percakapan harian. Jika anda menggukana bahasa melayu sebagai bahasa penghantar maka eloklah diajar kemahiran membaca bahasa melayu dahulu dan kemudiannya baharulah bahasa lain-lain.

  1. Apa rasionalnya berbuat demikian.

Apabila anak-anak anda mula belajar membaca, sangat penting mereka memahami dan mengaitkan dengan pengalaman persekitaran mereka. Jika anak anda belajar tanpa memahami maksudnya, pembelajaran akan menjadi agak sukar dan dalam sesetengah keadaan anak-anak akan rasa putus asa dan hilang minat. Apabila anak hilang minat untuk belajar ini adalah merupakan sesuatu yang sangat BAHAYA untuk proses pembelajaran seterusnya.

  1. Apakah kesannya terhadap pembelajaran bagi anak anak yang masih menguasai kemahiran membaca apabila mula menjejakkan kaki ke sekolah rendah?

Banyak masalah akan timbul apabila pelajar lemah dalam bacaan.

a. Pelajar yang membaca tergagap-gagap akan sulit memahami teks yang di baca. Ini akan memberikan satu tekanan kepada pelajar di mana mereka akan merasakan belajar itu adalah terlalu susah. Lama kelamaan pelajar ini akan menarik diri dari proses pembelajaran dan masalah keciciran mereka akan menjadi semakin teruk.

b. Masalah bacaan juga akan menyebabkan pelajar menjadi lemah dalam aspek pembinaan ayat yang mana seterusnya ini menyumbangkan kepada masalah membuat karangan dan penulisan.

c. Masalah ini secara keseluruhannya menjadikan pelajar ini seorang yang lemah dalam menjana idea dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas.